awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, isteri cedera kereta terbabas, terbalik di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/09/2025
01:55 MYT
Lelaki maut, isteri cedera kereta terbabas, terbalik di Ipoh
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, pagi ini, yang mengakibatkan seorang mangsa maut dan seorang lagi cedera. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, pagi ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, lelaki berumur 55 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi manakala isterinya yang berumur 48 tahun, mengalami cedera ringan.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.06 pagi
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis yang telah terbabas dan terbalik.
"Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan telah disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala isteri mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Shazlean berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidrolik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.
Menurutnya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh tamat jam 8.53 pagi.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#kereta terbabas dan terbalik
#kemalangan jalan raya
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan