awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut 'mesin steamer' meletup di pasar raya

Bernama
Bernama
15/12/2020
09:58 MYT
Lelaki maut 'mesin steamer' meletup di pasar raya
Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram. - Gambar SINAR HARIAN
JOHOR BAHRU:Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram, dekat sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Kilok Anak Lampas berkata, bomba menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa pekerja lelaki itu, Ong Kim Hin, 52, pada pukul 11.35 pagi.
"Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tebrau dan Larkin dengan kekuatan 25 anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata,mesi semasa kejadian, hanya Ong sahaja yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan itu dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Bomba bertindak membuat pemantauan bagi memastikan kawasan berkenaan selamat dan tidak berbahaya sebelum operasi di kawasan itu ditamatkan pada pukul 12.24 tengah hari," katanya dan menambah mayat Ong kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesin steamer
#lelaki maut
#pasar raya
#kerja penyelenggaraan
#Ong Kim Hin
#Ulu Tiram
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan