awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, motosikal gagal potong lori

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2023
03:15 MYT
Lelaki maut, motosikal gagal potong lori
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di 57 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada Ahad. - Foto Sinar Harian
GUA MUSANG: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya dipercayai gagal memotong sebuah lori sebelum bertembung dengan lori lain dalam kejadian di Kilometer 57 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian jam 8.41 malam itu, mangsa berusia 52 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan semasa cuba memotong sebuah lori lain.
"Mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Tias, Kuala Krai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Jenazah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk pengendalian bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.
Ujarnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan terbabit boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di talian 019-4742270 untuk membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#motosikal
#bertembung
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan