awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas kereta rempuh 'steamroller'

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
07/10/2017
08:44 MYT
Lelaki maut selepas kereta rempuh 'steamroller'
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Serald Michael, 29 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki maut manakala dua wanita parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan melanggar sebuah jentera penggelek jalan di sini pagi tadi.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Serald Michael, 29 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.21 pagi, dan sebuah jentera Scania serta ambulans EMRS dengan kekuatan tujuh anggota dikerah ke lokasi iaitu Kampung Selenggok dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu.
"Pasukan tersebut tiba 24 minit kemudian dan membuat laporan awal bahawa nahas melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Lancer dan sebuah jentera steamroller yang sedang bergerak perlahan di laluan yang sama.
"Difahamkan kenderaan tersebut sedang dalam perjalanan dari Kuching ke Lundu sebelum hilang kawalan dan merempuh steamroller tersebut.
"Impak kemalangan menyebabkan pemandu lelaki tersebut tersepit," jelasnya.
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta. - Foto Astro AWANI
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta. - Foto Astro AWANI
Tiong berkata, pasukan penyelamat terpaksa memecahkan bumbung kenderaan terbabit sebelum dapat mengeluarkan mangsa, yang kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik.
"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis manakala dua lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Lundu dengan menggunakan ambulans," tambahnya.
Topic Berkaitan
#jentera penggelek jalan
#kemalangan
#maut
#Serald Michael
#steamroller
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan