awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas tangki NGV meletup

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2016
09:53 MYT
Lelaki maut selepas tangki NGV meletup
Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat. - Sumber foto JBPM Johor
Seorang lelaki maut selepas tangki tenaga gas asli (NGV) di sebuah stesen minyak meletup dan terbakar di Mount Austin, di sini hari ini.
Ketua operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata. mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33, pada kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu berada berdekatan tangki.
Mangsa difahamkan tercampak beberapa meter selepas letupan.
Katanya, pihak APM menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang dan tiba ditempat kejadian 5 minit kemudian.
NGV
Tangki tenaga gas asli, NGV meletup dalam kejadian petang tadi. - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor
Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat.
Mohd Aziz berkata sepasukan anggota dan dua jentera dari balai bomba berdekatan turut membantu dalam operasi memadamkan api dan pengosongan premis stesen minyak berkenaan.
sementara itu, ketua polis daerah Johor Bahru Selatan, Assisten Komisioner Polis (ACP) Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan pihak polis masih menjalankan siasatan punca berlaku kebakaran tersebut.
Topic Berkaitan
#APM
#maut
#mohd faizal mazlan
#NGV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan