awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tersepit bawah lori tangki

Afiezul Samit
Afiezul Samit
28/08/2021
05:42 MYT
Lelaki maut tersepit bawah lori tangki
Mangsa Mohammad Firdaus Abdullah berjaya dikeluarkan dari bawah lori sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian - Foto JBPM Sarawak
KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dengan lori tangki di Batu 8 Jalan Kuching-Serian, pada pagi Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 8.30 pagi melibatkan dua buah kenderaan yang disyaki berlaku pada jam lebih kurang 8.10 pagi semasa cuaca hujan renyai.
"Penunggang motosikal terbabit yang menunggang seorang diri semasa dalam proses mencelah di tengah-tengah laluan di atas garisan putih putus-putus telah tergelincir akibat jalan basah lalu terjatuh hilang kawalan.
"Mangsa Mohammad Firdaus Abdullah, 53 tahun kemudianya termasuk dibahagian bawah tayar belakang sebelah kanan lori.
"Akibat kejadian, penunggang terbabit telah mengalami kecederaan parah dibahagian dada sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Balai Bomba dan Penyelamat
#motosikal
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan