awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki melecur teruk dipercayai dibakar di dalam tandas pusat beli-belah

Bernama
Bernama
16/10/2015
08:29 MYT
Lelaki melecur teruk dipercayai dibakar di dalam tandas pusat beli-belah
Seorang lelaki melecur separuh badan, dipercayai dibakar di dalam tandas tingkat bawah pusat beli-belah Prangin Mall. -Gambar fail
Seorang lelaki melecur separuh badan, dipercayai dibakar di dalam tandas tingkat bawah pusat beli-belah Prangin Mall di sini, malam tadi.
Lelaki berusia 56 tahun itu mengalami 60 peratus kesan kebakaran pada badan, kini tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid hari ini.
"Menurut doktor, lelaki yang bekerja sebagai broker tanah itu cedera akibat terbakar di kepala, badan dan kaki," katanya.
Beliau berkata lelaki berkenaan dilapor berlari keluar dari tandas pusat beli-belah itu dalam keadaan terbakar kira-kira pukul 10 malam dan dibantu oleh orang ramai untuk memadam kebakaran di badannya sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans.
Mior Faridalatrash berkata hasil rakaman CCTV, polis mendapati seorang lelaki memasuki tandas itu tiga minit terlebih dahulu sebelum mangsa.
"Apabila mangsa berlari keluar sambil terbakar, seorang lelaki berhelmet dilihat berlari keluar dengan memegang beg dipercayai milik mangsa," katanya.
Beliau berkata sebelum tidak sedarkan diri, lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak nampak sesiapa yang terlibat dalam kejadian itu kerana dia berada di dalam tandas dan pintu bertutup.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#badan
#broker tanah
#melecur
#Mior Faridalatrash
#Prangin Mall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan