ALOR SETAR: Seorang pekerja sambilan di sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp pada 2021.
Muhammad Zakir Ramli, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berusia 29 tahun pada ketika itu, dengan niat menyakiti hati jam 7.30 pagi pada 20 Mei 2021 hingga 3.02 pagi pada 28 Mei 2021.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nazrul Nizam Mohd Zameri memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.
Muhammad Zakir yang tidak diwakili peguam kemudiannya merayu kepada mahkamah agar jumlah jaminan yang lebih rendah diberikan kerana bekerja sambilan dengan pendapatan sekitar RM1,400 sebulan, dan perlu menyara isteri serta seorang anak berusia setahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Apr 16 2023
Muhammad Zakir membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Waran tangkap dikeluar terhadap jurujual buat komunikasi lucah
Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang jurujual selepas gagal hadir bagi sebutan pertama kes pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi berbentuk lucah.
Lelaki mengaku tidak bersalah hantar gambar lucah melalui WhatsApp
Seorang pekerja sambilan di sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp pada 2021.
Lelaki hantar gambar lucah didenda RM10,000
Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis atas pertuduhan menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram, tiga tahun lalu.
Juruteknik penerbangan didenda RM7,000 hantar komunikasi lucah
Padah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah menerusi aplikasi WhatsApp, seorang juruteknik syarikat penerbangan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.
Pemilik akaun Instagram 'safieyillias94' ditahan - Polis
Suspek ditahan semalam (Khamis) dan permohonan reman akan dibuat pagi ini untuk tujuan siasatan.