awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2021
05:35 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar didakwa menerima deposit wang pelaburan daripada tiga individu berjumlah RM125,000, yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat I Usahawan Global Berhad miliknya. - Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menawarkan skim pelaburan tidak wujud, lima tahun lalu.
Tertuduh, Iskandar Isahak, 51 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut, yang dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan di bawah Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, tertuduh didakwa menerima deposit wang pelaburan daripada tiga individu bernilai keseluruhan RM125,000, yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat I Usahawan Global Berhad miliknya.
Kesalahan didakwa dilakukan bapa tiga anak yang kini tidak lagi bekerja itu, antara 10 Mei 2016 dan 27 Jun 2016, di Jalan Hang Tuah, Melaka Tengah.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta, atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad tidak mencadangkan sebarang jaminan.
Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, beliau memohon jumlah yang tinggi iaitu RM70,000 bagi setiap pertuduhan, mengambil kira faktor kerugian yang ditanggung mangsa.
Dalam penghakimannya, Maziah Joary membenarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan, dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Beliau turut menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Lee Kim Keat, tertuduh turut mengaku tidak bersalah menipu seorang lelaki berusia 46 tahun dengan menawarkan program pembelian motosikal berkuasa tinggi, sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan cek bernilai RM32,000 pada Oktober 2016.
Pendakwaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu dikendalikan pegawai pendakwa, ASP Nora Yaacob.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh dibenarkan ikat jamin RM1,500 dan mahkamah menetapkan 14 September depan bagi sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Zulhelmi Wagiman.
Topic Berkaitan
#skim pelaburan
#Mahkamah Sesyen
#usahawan
#penjara
#pelaburan
#motosikal
#I Usahawan Global Berhad
#Akta Perkhidmatan Kewangan
#Kanun Keseksaan
#melabur
#wang deposit
#akaun
#pembelian motosikal
#menipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan