KUALA LUMPUR:Gara-gara menyamar sebagai 'pegawai kanan polis' dari Bukit Aman dan memiliki objek menyerupai pistol, seorang lelaki ditahan polis di sekitar Petaling Jaya awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berumur 25 tahun itu ditahan susulan laporan diterima daripada seorang lelaki dan pihaknya turut merampas satu objek menyerupai pistol berwarna hitam.
"Mangsa seorang jurutera mendakwa mengenali suspek menerusi seorang rakan yang memperkenalkannya sebagai pegawai kanan polis di Cawangan E8 Bukit Aman lalu menghubunginya untuk urusan pembayaran saman trafik," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pada 23 Sept lepas, mangsa kemudiannya telah membuat pemindahan wang sebanyak RM100 ke akaun milik suspek kononnya bagi pembayaran saman itu.
Katanya, mereka berjumpa lagi keesokannya di sebuah restoran di Damansara Damai dan mangsa telah meminta bantuan suspek bagi menyelesaikan beberapa kes membabitkan kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Suspek kemudian telah meminta mangsa membuat pemindahan wang secara berperingkat sebanyak RM800 dan semasa perjumpaan itu, mangsa terlihat objek yang menyerupai pistol terselit pada pinggang suspek dan merasa takut kerana suspek turut bercerita kononnya dia pernah membuat tangkapan dan melepaskan tembakan," katanya.
Menurutnya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai pegawai polis dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api.
Dalam kes berasingan, perbuatan seorang lelaki memecahkan cermin sisi sebuah kenderaan menggunakan besi di Sungai Way, Petaling Jaya mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Nik Ezanee berkata suspek ditahan di perkarangan Balai Polis Sungai Way, sekitar 11.50 malam dan hasil pemeriksaan di dalam kereta miliknya telah menemukan sebatang besi dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Selasa lepas, tular dalam media sosial seorang lelaki memecahkan cermin sisi sebuah lori di Jalan SS9A/1 Sungai Way, Petaling Jaya.
"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada Sabtu pukul 12.45 tengah hari apabila mangsa berusia 38 tahun yang juga pemilik lori memberhentikan kenderaannya di tepi jalan di lokasi kejadian untuk menghantar barang.
"Suspek berumur 30 tahun itu tidak berpuas hati apabila diminta mengalihkan kenderaan lalu bertindak di luar kawalan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa selain memecahkan cermin sisi lori itu menggunakan sebatang besi," katanya dan menambah suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020
Nik Ezanee berkata, mangsa merasa takut kerana suspek turut bercerita kononnya dia pernah membuat tangkapan dan melepaskan tembakan. - Gambar fail
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL
Suspek wanita berusia 34 tahun yang juga warga China itu ditahan di sekitar ibu negara, pada petang Rabu.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang lelaki berusia 49 tahun pada 10.28 malam, hari yang sama.
Isteri Sabari mahu tindakan undang-undang setimpal terhadap suspek
Subhiah Roslina Shahibi tidak pernah terfikir orang lain akan melakukan kejahatan sekejam yang dilakukan suspek terhadap suaminya.
Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sahkan suspek ditahan di sekitar ibu negara semalam dan proses reman akan dilaksanakan pagi ini.
Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.
Suspek pemerdagangan manusia dengan 36 pasport ditahan di Pakistan
Suspek yang turut terlibat dalam kes penipuan visa didapati memiliki 36 pasport Pakistan.
Anggota polis cedera diserang ketika cubaan tahan suspek
Kejadian berlaku ketika sepasukan polis membuat tangkapan ke atas suspek iaitu lelaki berumur awal 30-an berhubung kes perbuatan khianat.
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga 26 Ogos.
Suspek tikam dua wanita di tandas surau ditahan polis
Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 46 tahun itu diberkas ketika bersembunyi di rumah kenalannya di Kajang.