awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2024
09:29 MYT
Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau
Muhammad Haiqal Zarith (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin.
MELAKA: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Isnin, atas pertuduhan mencabul remaja perempuan OKU di sebuah tandas surau.
Muhammad Haiqal Zarith Abdullah, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan cara meramas payudara dan kemaluan mangsa bagi maksud seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam tandas wanita di Surau Taman Bukit Larang Indah, di sini jam 5.30 petang, pada 3 Jun lalu.
Pendakwaan bagi kes itu dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.
Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana masih mempunyai ibu bapa dan adik beradik.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan dilarang mengganggu mangsa selain menetapkan sebutan semula kes pada 23 Julai depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes cabul
#lelaki OKU
#tandas surau
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan