awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki panik diugut bayar RM3,000 untuk elak video onani disebar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/07/2021
06:32 MYT
Lelaki panik diugut bayar RM3,000 untuk elak video onani disebar
Polis mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memuat naik sebarang aplikasi di telefon bimbit yang boleh membawa kepada kes penipuan. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR : Seorang lelaki berusia 24 tahun berdepan ugutan bayaran wang sebanyak RM3,000 bagi memastikan video onaninya tidak disebarkan dalam kejadian pada 2 Julai lalu.
Sebelum ini, lelaki berkenaan dikatakan telah membuat panggilan video bersama seorang wanita warga asing yang dikenali menerusi aplikasi ‘Tantan’.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua mereka dalam keadaan tidak berpakaian dan telah melakukan onani untuk tujuan melepaskan nafsu syahwat.
“Pada jam 9.30 malam, mangsa telah terima satu pesanan ringkas meminta pengadu memasukkan wang berkenaan sebelum video tersebut disebarkan.
“Mangsa kerana takut dengan ugutan tersebut telah memindahkan wang RM500 ke akaun bank tempatan di atas nama seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa seterusnya membuat laporan pada pihak berkuasa.
Menurut pihak polis, mangsa dan suspek berkenalan dalam tempoh masa yang singkat sebelum ugutan tersebut berlaku dalam hari yang sama.
Setakat ini, polis sedang giat mengenal pasti suspek.
Polis mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memuat naik sebarang aplikasi di telefon bimbit yang boleh membawa kepada kes penipuan.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Brickfileds
#ACP Anuar Omar
#ugut
#onani
#media sosial
#peras ugut
#perlakuan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan