Polis menahan seorang lelaki bertatu di kedua-dua tangannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian ceroboh di sebuah tokong di Jalan Kampung Manggis, Permatang Tinggi di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah kedai mencuci kenderaan di Jalan Rozhan, di sini kira-kira 1.30 pagi Ahad.
"Dalam kejadian kira-kira 1 petang Jumaat lepas, penjaga tokong berkenaan berusia 60 tahun membuat laporan polis selepas mendapati kunci mangga pada pintu jeriji tokong diumpil.
"Pemeriksaan mendapati dua unit lampu minyak tembaga milik tokong bernilai kira-kira RM2,500 hilang manakala terdapat kesan potong pada peti besi yang menyimpan wang derma tetapi duit tidak sempat dicuri," katanya di sini Ahad.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup dalam tokong yang sudah beroperasi lebih 30 tahun itu, mendapati seorang lelaki menaiki sebuah motosikal memecah masuk rumah ibadat berkenaan.
Nik Ros Azhan berkata suspek dipercayai masuk melalui pagar hadapan tidak berkunci dan memecahkan mangga stor menyimpan barang tokong, dan semasa kejadian tiada penjaga dan orang bersembahyang di situ.
Susulan kejadian itu, beliau berkata polis menahan lelaki berkenaan dan merampas satu bongkah berwarna kuning dan berlambang serta berukiran naga.
"Selain itu, polis turut merampas beberapa barangan lain termasuk sebuah motosikal digunakan dalam kejadian berkenaan serta sebuah topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kami sedang siasat sama ada ia digunakan untuk menyamar sebagai polis," katanya.
Beliau berkata polis juga sedang mengesan dua unit lampu tembaga yang dicuri itu dan ia dipercayai telah dijual.
Katanya lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta dan mempunyai enam rekod lampau itu kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2018
Pemeriksaan mendapati dua unit lampu minyak tembaga milik tokong bernilai kira-kira RM2,500 hilang. - Gambar hiasan
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Lelaki pecah masuk tokong ditahan
Polis menahan seorang lelaki bertatu di kedua-dua tangannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian ceroboh di sebuah tokong.