awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki persoal peruntukan RM70 juta JKJAV ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2021
23:45 MYT
Lelaki persoal peruntukan RM70 juta JKJAV ditahan
Mohd Azman berkata, suspek kemudian telah direman satu hari untuk siasatan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021. - Polis DiRaja Malaysia
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang jurujual peralatan komputer di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu susulan ciapan di Twitter yang dipercayai dimuat naiknya mengenai peruntukan kerajaan membangunkan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman pada jam 12.05 tengah malam.
"Penahanan pemilik akaun Twitter Abah@chairmanGLC itu hasil maklumat yang diterima polis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Polis telah merampas satu telefon bimbit, router dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek kemudian telah direman satu hari untuk siasatan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021.
Katanya, jika disabitkan salah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya.
Jelasnya, PDRM mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam membuat atau berkongsi sebarang bentuk penerbitan atau perkongsian yang mengandungi berita tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran orang ramai berhubung langkah kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.
"Polis menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara," katanya.
Ujarnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki persoal peruntukan RM70 juta JKJAV ditahan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PDRM
#Twitter
#SKMM
#vaksin
#media sosial
#Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19
#Mohd Azman Ahmad Sapri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan