awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul imam positif dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
05:30 MYT
Lelaki pukul imam positif dadah
Hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu positif dadah. - Gambar fail/ Sinar Harian
KUANTAN: Lelaki yang tular dalam satu video pada Ahad lalu kerana memukul imam jemputan di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 bukan sahaja mempunyai masalah mental, tetapi juga seorang penagih dadah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu positif dadah.
"Suspek adalah seorang bekas tentera dan mempunyai rekod jenayah, selain mengalami masalah mental.
"Suspek kini telah ditahan atas kesalahan penggunaan dadah dan kesalahan kacau ganggu di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan," katanya pada satu sidang akhbar di bilik media Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang disini pada Selasa.
BACA: Imam dipukul lelaki kurang siuman ketika solat Subuh
Sebelum ini, tular satu rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman telah memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, sekitar jam 6.18 pagi Ahad lalu.
Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang jemaah lalu bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan sepasang selipar berwarna putih.
Pihak Masjid Sultah Ahmad Shah 1 bagaimanapun dalam pengumuman mereka meminta agar orang ramai menghentikan penularan video terbabit dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video tersebut.
Beliau menjelaskan kesan daripada pengambilan dadah, suspek dipercayai telah berhalusinasi dan mendengar imam yang memimpin solat subuh ketika itu memanggil namanya.
Katanya, ini menjurus kepada suspek bertindak sedemikian.
"Suspek juga merupakan gelandangan yang menjadikan masjid dan Mahkota Square sebagai tempat tidur dan merayau.
"Kini, suspek telah dibawa ke hospital bagi menjalni pemeriksaan psikatri,” ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul imam
#kes tular
#serang imam
#solat subuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan