MALAYSIA
Lelaki rentung dalam kebakaran flat di Jalan Hang Tuah
Kebakaran menyebabkan kemusnahan seratus peratus terhadap unit di tingkat 10 flat berkenaan yang berkeluasan kira-kira 6 x 6 meter. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit flat di Jalan Hang Tuah di sini, awal pagi tadi.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.54 pagi, sebelum 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.
Kebakaran menyebabkan kemusnahan seratus peratus terhadap unit di tingkat 10 flat berkenaan yang berkeluasan kira-kira 6 x 6 meter.
"Kebakaran berjaya dikawal pada 3.10 pagi dan mangsa berusia 50-an ditemui di dalam bilik air.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui rentung dalam kebakaran sebuah unit flat di tingkat 10, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, awal pagi tadi; unit tersebut musnah sepenuhnya.
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 pagi dan menghantar 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah; kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.10 pagi.
- Mayat mangsa ditemui di dalam bilik air dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut; punca kebakaran masih dalam siasatan.