awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2023
07:39 MYT
Lelaki rogol anak tiri baru kematian ibu hingga lahirkan bayi dipenjara, sebat
Hakim berkata, tindakan tertuduh umpama haruan makan anak yang meninggalkan kesan trauma dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek kepada mangsa. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 15 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya berusia 13 tahun sehingga melahirkan bayi lelaki tiga tahun lalu.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga pakaian berusia 44 tahun berkenaan selepas mendengar mitigasi pertuduhan dan hujahan pemberatan dari pihak pendakwaan.
"Dengan mengambil kira faktor rayuan dan mengambil kira faktor kepentingan awam, mahkamah berpendapat tidak boleh bertolak ansur dengan kes sumbang mahram kerana perbuatan tertuduh adalah terkutuk dan keji.
"Tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya dan bukan mengambil kesempatan ke atas mangsa yang baru berusia 13 tahun sehingga mengandung dan melahirkan anak," katanya ketika prosiding keputusan kes pada Rabu.
Beliau berkata, hukuman berkenaan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Februari 2020.
Menurutnya, ibu kandung mangsa pula baru sahaja meninggal dunia semasa kejadian berlaku.
Tambahnya, tindakan tertuduh umpama haruan makan anak yang meninggalkan kesan trauma dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek kepada mangsa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya yang ketika kejadian berusia 13 tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada 15 Februari 2020 jam lebih kurang 10.30 malam di sebuah rumah di Labu Batu 10 di Seremban.
Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu dikenakan hukuman penjara ringan dari tarikh dia ditangkap dan meminta dikecualikan hukuman lain atas alasan pernah mengalami kemalangan jalan raya serta telah menjalani pembedahan tulang belakang yang patah.
Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung meminta mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kejadian berlaku semestinya akan memberi trauma terhadap mangsa yang akan diingati sepanjang hidupnya.
Ujarnya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh juga sama dengan anak yang dilahirkan mangsa dan hukuman berat terhadap tertuduh boleh menjadi pengajaran dan peringatan kepada orang awam yang berhasrat melakukan kesalahan sama.
"Mangsa adalah anak tiri yang telah kehilangan ibu yang menghidap kanser otak dan mangsa bergantung sepenuhnya pada tertuduh untuk menjaga dan melindunginya.
"Tetapi tertuduh telah ambil kesempatan dan menganiaya mangsa empat kali sehingga umur 13 tahun dan sekiranya mangsa tidak mengandung dan isu itu tidak diketahui pihak sekolah, sudah tentu kejadian ini akan berlanjutan dan tertuduh akan terus mengambil kesempatan terhadapnya, " katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol anak
#anak tiri
#warga Bangladesh
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan