awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rugi RM10,000 diugut sebar video, gambar lucah

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2021
01:40 MYT
Lelaki rugi RM10,000 diugut sebar video, gambar lucah
Mangsa percaya video ini diperoleh oleh suspek daripada memori telefon bimbitnya.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kerugian RM10,000 apabila diugut seorang wanita warga asing untuk menyebarkan video dan gambarnya beronani dalam kejadian pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa membuat laporan polis berhubung kes jenayah pemerasan melalui aplikasi telefon bimbit kira-kira jam 7.18 petang.
Menurut beliau, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek yang merupakan wanita warga asing melalui aplikasi Tantan dan telah berkongsi ID dari aplikasi Line.
"Semasa berbual dengan suspek di dalam aplikasi tersebut, mangsa telah diperkenalkan dengan rakan suspek yang lain dan telah diminta memuat turun satu aplikasi dengan memasukkan kod jemputan.
"Selepas memuat turun aplikasi tersebut, mangsa mendapati telefon bimbitnya telah tidak berfungsi.
"Mangsa kemudiannya menerima video pengadu sedang beronani yang dihantar oleh suspek melalui aplikasi Line. Mangsa percaya video ini diperoleh oleh suspek daripada memori telefon bimbitnya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa diugut supaya memasukkan wang ke dalam akaun bank tempatan atas nama seorang lelaki sekiranya tidak mahu videonya yang sedang beronani tersebar.
"Mangsa yang bimbang dengan ugutan tersebut telah melakukan empat transaksi bank dengan memindahkan wang berjumlah RM10,000 ke akaun diberikan.
"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan modus operandi penjenayah melakukan pemerasan wang di era teknologi maklumat dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Lelaki rugi RM10,000 diugut sebar video, gambar lucah
Topic Berkaitan
#rugi
#video
#warga asing
#beronani
#lucah
#sebar
#ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan