awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki serah diri selepas mengaku bunuh amah sambilan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
09/10/2017
13:16 MYT
Lelaki serah diri selepas mengaku bunuh amah sambilan
Mayat wanita warga Indonesia itu dibawa pihak polis untuk bedah siasat dan siasatan seterusnya.
Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman menyerah diri di balai polis sejurus mengaku menetak seorang wanita warga Indonesia sehingga mati di Kampung Tersusun Tasek di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima laporan bahawa lelaki berusia 34 tahun itu datang ke Balai Polis Bercham menaiki motosikal pada kira-kira pukul 3.30 petang.
“Lelaki ini memberitahu anggota polis bertugas bahawa dia telah membunuh seorang wanita. Kami menjadikan ia sebagai maklumat pertama dan menahan lelaki itu.
“Pihak polis kemudian pergi ke lokasi kejadian dan menemui seorang wanita di bahagian antara ruang tamu dan dapur. Kami mendapati ada kecederaan di bahagian muka, belakang kepala dan tiga jari di kedua-dua tangan mangsa putus.
“Kami turut menjumpai sebilah parang di pekarangan rumah, yang dipercayai digunakan suspek,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Jelas Chang Keong, wanita Indonesia itu dipercayai seorang pekerja sambilan yang diupah oleh keluarga lelaki berkenaan untuk membersihkan rumah mereka.
Beliau berkata, polis masih menyiasat rekod jenayah suspek dan sedang bekerjasama dengan pihak perubatan bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai keadaan mental mangsa.
“Hanya suspek dan mangsa yang dipercayai berada di rumah itu sewaktu kejadian.
"Lelaki tersebut mempunyai dua orang anak manakala isterinya tidak tinggal bersama.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#amah
#bunuh
#Indonesia
#jenayah
#lelaki
#mangsa
#masalah mental
#mati
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan