awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki sesak nafas kereta terbakar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/08/2023
22:30 MYT
Lelaki sesak nafas kereta terbakar
Seorang lelaki mengalami sesak nafas selepas kereta dinaikinya mengalami kebakaran berhampiran sebuah pusat beli-belah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan, Putrajaya, malam tadi. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengalami sesak nafas selepas kereta dinaikinya mengalami kebakaran berhampiran sebuah pusat beli-belah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Presint 12, Putrajaya.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.32 tengah malam tadi.
"Setibanya bomba di lokasi, terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Kia Optima yang terbakar 95 peratus.
"Terdapat seorang mangsa lelaki berumur lingkungan 40an telah mengalami sesak nafas dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam dan api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba sejurus selepas itu.
Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#lelaki sesak nafas
#kebakaran
#Lebuhraya Lembah Klang Selatan
#bomba Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan