awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua

Bernama
Bernama
08/06/2024
11:58 MYT
Lelaki Singapura maut 'superbike' rempuh kereta di Linkedua
Mangsa yang cedera parah pada bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) arah utara, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata mangsa yang cedera parah pada bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa lelaki berusia 31 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha MT07 dengan kereta Proton Saga itu, kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
"Hasil siasatan mendapati pusingan U dibuat pemandu kereta itu dibenarkan, kerana dia merupakan penyelia projek bagi kerja membaik pulih jalan di KM1.6 arah selatan, dan motif pusingan U itu untuk ke kawasan baik pulih jalan yang lain di KM20 (arah utara).
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Kumarasan berkata pemandu kereta berusia 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#warga singapura
#superbike
#LINKEDUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan