Seorang lelaki yang merupakan inidvidu di bawah siasatan (PUI) berdepan tindakan undang-undang selepas melaanggar perintah pengawasan keluar ketika dalam tempoh kuarantin dengan menanggalkan gelang tangan pengesanan PUI.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata, pihaknya juga telah menyerahkan kenyataan dan kes itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
"Ini sekarang adalah bidang kuasa KKM. Kita telah menyerahkan kes ini kepada kementerian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, lelaki itu memuat naik gambar di akaun Facebook miliknya yang memaklumkan bahawa dia telah keluar ke sebuah kedai walaupun masih dalam tempoh kuarantin pada hari ketujuh .
Tindakannya itu mendapat kritikan netizen di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak polis.
Bagaimanapun suspek telah menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya pagi Ahad.
Gelang tangan itu berfungsi melaporkan lokasi dan menggalakkan individu yang menerima notis duduk di rumah untuk terus mematuhi arahan kuarantin.
Malah, maklumat terperinci dapat dikongsi dengan menggunakan telefon pintar menerusi bacaan kod QR pada peranti yang diikat di pergelangan tangan itu.
Astro Awani
Mon May 25 2020

Dev berkata, pihaknya juga telah menyerahkan kenyataan dan kes itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.

'Pilih kasut raya Cinderella' - Dulu anak kecil, kini Fatimah Omar Mukhlis makin pandai bergaya!
Paling ketara, kini Fatimah sudah mula mempamerkan sifat kegadisannya malah sudah pandai bergaya.

Pemantauan semasa tempoh PKPP diperketat - Polis Sarawak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperhebatkan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sarawak.

Lelaki tanggalkan gelang tangan pengesanan COVID-19 berdepan tindakan undang-undang
Seorang lelaki yang merupakan inidvidu di bawah siasatan (PUI) berdepan tindakan undang-undang selepas melaanggar perintah pengawasan keluar ketika dalam tempoh kuarantin.