PUTRAJAYA:Bekas pegawai keselamatan yang terlepas hukuman mati kerana membunuh seorang remaja menangis di Mahkamah Persekutuan di sini apabila baru hari ini mengetahui ibunya telah meninggal dunia sejak empat tahun lepas.
M. Thinagaran, 33, hanya mengetahui ibunya telah meninggal dunia hari ini apabila peguamnya, T. Vijayandren memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh yang bersidang bersama-sama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Terdahulu, Thinagaran selaku perayu, merayu atas sabitan dan hukuman mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki berumur 17 tahun pada 9.30 malam, 16 Mac 2011 di sebuah rumah di Taman Puchong Indah, Puchong.
Pada awalnya, Thinagaran didakwa atas tuduhan membunuh namun di akhir kes pendakwaan, pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadapnya dipinda kepada membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304(b) dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan pindaan itu.
Bagaimanapun, dia diperintah untuk membela diri atas pertuduhan membunuh selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Di akhir kes pembelaan, Thinagaran disabitkan dengan kesalahan membunuh remaja terbabit dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.
Dia merayu ke Mahkamah Rayuan dan mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan akhirnya dan meminda pertuduhan Seksyen 302 yang dihadapinya kepada membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304(a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, Thinagaran dalam rayuannya memberitahu mahkamah bahawa dia ingin menjaga ibunya dan Mohd Zawawi kemudiannya bertanya berapa umur ibunya.
"Emak saya berumur 56 tahun, Yang Arif," ujarnya.
Mendengar jawapan anak guamnya, Vijayandren bangun dan memaklumkan bahawa ibu perayu telah meninggal dunia.
"Dengan izin Yang Arif-Yang Arif, ibu perayu telah meninggal dunia pada 2016. Perayu langsung tidak tahu mengenai perkara ini kerana tidak dimaklumkan oleh ahli keluarganya," ujar peguam itu.
Mendengar perkara tersebut, Thinagaran mula menangis teresak-esak dan Mohd Zawawi berkata: “Saya bersimpati mendengarnya”.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapThinagaran dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 25 Mac 2011.
Selepas prosiding, kelihatan ahli keluarga berjumpa dengan perayu dan mereka menjelaskan sesuatu kepadanya.
Vijayandren memberitahu media bahawa ahli keluarga perayu tidak memberitahu perayu ibunya telah meninggal dunia kerana khuatir dia tidak dapat menerima hakikat kerana dia rapat dengan ibu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
Thinagaran dalam rayuannya memberitahu mahkamah dia ingin menjaga ibunya tanpa mengetahui wanita itu sudah meninggal dunia.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Bunuh jurutol wanita: Bekas mekanik terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Seorang bekas mekanik terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
Buruh Indonesia bunuh kekasih terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Seorang buruh binaan warga Indonesia terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh kekasih.