Seorang pelarian Syria, Abu Bilal, 52, berkongsi pengalamannya berjalan kaki sejauh tiga kilometer dari kota Talul Karamah ke kota berdekatan setiap hari untuk bekerja bagi mendapatkan duit membeli makanan buat kambing ternakannya dan baja bagi tanamannya.
Lelaki tua yang berasal dari kota Hama itu berkata duit hasil titik peluhnya itu juga digunakan bagi membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan buat diri dan kedua-dua anak kecilnya.
"Bagi mencari duit untuk membeli makanan kambing-kambing yang saya ternak, baja-baja dan biji benih tanaman, bekalan makanan dan ubat-ubatan, saya terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja dengan berjalan kaki tiga kilometer setiap hari dari kota Talul Karamah ke kota-kota sekitar.
"...dan itulah rutin saya bagi menyara keluarga sendiri," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kem Al Aghedad di kota Talul Karamah, pada Khamis.
Katanya selain menternak kambing, beliau juga mengusahakan tanaman buah tomato, ubi kentang dan sayur timun untuk dimakan, yang mana beliau akan menyedekahkan lebihan hasil tanamannya itu kepada rakan-rakannya yang susah di sekitar kem.
Beliau turut menceritakan detik cemas ketika kampungnya diserang tentera Bashar Al Assad tiga bulan lalu, yang mana beliau melarikan diri bersama kedua-dua anaknya yang masing-masing berumur 10 dan 9 tahun sebelum tiba di kem itu untuk berteduh bersama hampir 100 keluarga pelarian yang lain.
"Marabahaya tidak pernah berhenti menghantui saya sekeluarga, yang mana tiga bulan lalu kami terpaksa lari dari kampung kami di Hama kerana telah diserang tentera Al Assad dan malangnya isteri saya syahid ketika serangan itu.
"Namun apabila tiba dan menetap di kem ini, kami menyangkakan kami telah selamat tetapi baru sahaja seminggu lepas kem ini telah dibedil bom mortar oleh pesawat tentera Al Assad sehingga mengorbankan 17 nyawa," kata Abu Bilal.
Beliau ditemui ketika delegasi daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tiba di kem Al Aghedad bagi menyampaikan bantuan 100 buah khemah baharu bagi menggantikan khemah-khemah yang telah lusuh dan rosak.
Delegasi seramai 11 orang itu turut sama bergotong-royong bagi memasang kesemua khemah itu bersama-sama penerima.
Ketua Pegawai Eksekutif Mapim yang juga Ketua Delegasi Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata keunikan khemah baharu itu ialah ianya dilengkapi dengan pintu besi dan mempunyai selak kunci dari dalam bagi mengelakkan khemah dimasuki haiwan atau serangga berbahaya.
"Uniknya khemah yang kita sumbangkan ini ialah selain ciri-ciri keselamatannya yang telah ditambah baik berbanding khemah yang kita sumbangkan sebelum ini, ia dilengkapi dengan pintu besi dan mempunyai selak kunci di samping khemah ini turut menggunakan kerangka batang besi yang menjadikan ia sangat kukuh untuk menghadapi sebarang jenis cuaca ekstrem," katanya.
Ahmad Sani Araby berkata Mapim melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria akan menambah lebih banyak jumlah penerima khemah baharu bagi pelarian di sekitar Syria dari semasa ke semasa.
Pihaknya merayu agar rakyat Malaysia turut menghulurkan sumbangan wang ringgit secara berterusan di www.tabungsyria.com atau Maybank 5628-3463-6987 (Syria Emergency Appeal).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2019
Abu Bilal, 52, bergambar bersama kambing ternakannya di kem Al Aghedad, kota Talul Kamarah. - Bernama
AWANI Ringkas: MKT UMNO beri komitmen sokong calon PH
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat berikutan pasaran Jepun dan China yang ditutup sempena cuti umum.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 0.59 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.
China lancar kapal angkasa ambil sampel di bulan
Roket terbesar China, Long March-5, dilancarkan pada jam 5:27 petang waktu beijing dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di pulau selatan Hainan.
Curi kabel TM, dua rakan didenda RM4,000
Kedua-duanya mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini pada 4.45 pagi 1 Mei lepas.
Sweden lihat tiada keperluan siasatan antarabangsa dalam letupan Nord Stream
Siasatan ke atas insiden itu telah dilakukan oleh pihak berkuasa Sweden menurut prinsip asas kebebasan, tidak berat sebelah dan kedaulatan undang-undang.
Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Malaysia berada di tangga ke-107 indeks kebebasan media dunia 2024 berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF), berbanding tangga ke-73 tahun lepas.
Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya dengan 62.83 mata.
Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya dengan 62.83 mata.
Hari Kebebasan Media: 'Wartawan hanya saksi, tiada pistol di tangan'
Kunci utama kebebasan, demokrasi dan hak kemanusiaan adalah media dan wartawan.
Kementerian Komunikasi rangka usaha lebih mapan
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menambah, banyak yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media.
Lelaki tua pelarian Syria ini jalan kaki 3km setiap hari demi sara keluarga
Duit hasil titik peluhnya itu juga digunakan bagi membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan buat diri dan kedua-dua anak kecilnya.