KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki terlibat dengan penculikan dan pemerasan terhadap rakan senegara.
Polis menerima laporan kejadian pada jam 12.05 tengah malam Khamis daripada seorang lelaki warga Bangladesh yang menyatakan seorang pekerjanya hilang dan dipercayai diculik sejak 27 Ogos lalu.
Dia mendakwa dimaklumkan tentang kejadian penculikan itu daripada isteri mangsa yang berada di Bangladesh.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa berusia 39 tahun itu telah dilarikan dua lelaki warga Bangladesh ketika berada di kawasan Jelok Ria.
Suspek kemudian menghubungi isteri mangsa untuk memasukkan wang tunai 1 juta taka (kira-kira RM50,000) ke dalam akaun bank Bangladesh.
"Isteri mangsa yang ketakutan telah melakukan transaksi tersebut ke atas satu akaun bank tempatan Bangladesh yang tidak dikenal pasti.
"Namun selepas tiga hari diculik, suspek telah meminta tambahan sebanyak 1 juta taka untuk membebaskan mangsa yang disembunyikan.
"Akibat kehabisan duit, isteri mangsa telah menghubungi pengadu untuk meminta bantuan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Bertindak atas maklumat diberikan pengadu, Mohd Zaid berkata Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah berjaya menahan empat suspek di hadapan sebuah kedai di TTDI Grove Kajang kurang 24 jam selepas aduan dibuat.
Tambahnya, suspek turut membawa polis ke kawasan perumahan di Bandar Teknologi Kajang dan menemukan mangsa di dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas rumah dalam keadaan lemah dengan kedua-dua tangan bergari serta kaki dirantai.
"Semasa mangsa diselamatkan, seorang wanita warga tempatan yang merupakan isteri kepada salah seorang suspek turut ditangkap.
"Kesemua suspek yang berusia 30an hingga 40an akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang bagi tujuan tahanan reman pada Jumaat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini diseru tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 365/384 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan salah, serta Seksyen 384 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan pemerasan.
Afiezy Azaman
Fri Sep 03 2021
Empat lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki terlibat dengan penculikan dan pemerasan terhadap rakan senegara. -Gambar hiasan
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Lelaki Bangladesh pandu lawan arus, lari sekatan polis
Siasatan mendapati pemandu berusia 25 tahun itu dipercayai berperanan sebagai transporter.
SPRM kesan lelaki Bangladesh bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, bagi membantu pengurusan kes agensi penguat kuasa terbabit.
Lelaki warga Bangladesh diculik rakan senegara, isteri diperas ugut
Mangsa berusia 39 tahun itu telah dilarikan dua lelaki warga Bangladesh ketika berada di kawasan Jelok Ria.
Cabul juruwang pasar raya, warga asing direman
Ketika mangsa tidak sedarkan diri suspek telah mencabul mangsa dengan memeluk, meramas buah dada dan mencium perut mangsa.
Pusat spa diserbu, enam pelacur warga asing ditahan
Polis menahan enam wanita warga asing yang menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat spa di Parit Buntar, dekat sini, dalam Ops Noda, malam tadi.
Kaki putus tersangkut dalam paip loji kumbahan
Mangsa yang sedang melakukan kerja membaiki lubang kumbahan itu tiba-tiba tergelincir menyebabkan kakinya tersangkut dalam lubang paip berkenaan.
Insiden Jalur Gemilang terbalik di gereja Klang disebabkan 'tersalah pasang'
Tular di media sosial pada Rabu video berdurasi 28 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah gereja di Klang.