KEPALA BATAS: Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lepas sebelum ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie berkata lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira 10.30 malam tadi hasil risikan yang dijalankan pihak polis.
"Berdasarkan risikan dijalankan, polis menahan lelaki warga emas yang juga tinggal di kawasan kejiranan kanak-kanak tersebut bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa itu.
"Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak perempuan itu kini masih menerima rawatan di Hospital Kepala Batas, di sini dan beliau difahamkan keadaan kesihatan mangsa semakin baik.
Mohd Asri berkata setakat ini pihak polis masih belum dapat merekodkan keterangan daripada kanak-kanak perempuan itu kerana keadaannya yang masih trauma dengan kejadian tersebut.
Katanya selain pemantauan oleh pasukan kesihatan, kanak-kanak itu turut berada di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kami juga masih menunggu laporan lengkap perubatan kanak-kanak tersebut daripada pihak hospital (untuk lengkapkan siasatan).
"Jika laporan siasatan dan dapatan (siasatan) kita terdapat unsur-unsur lain termasuk jenayah lain, cabul dan sebagainya, polis akan menukar seksyen siasatan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan," katanya.
Difahamkan mangsa mengenali lelaki warga emas itu dan kanak-kanak perempuan tersebut ditinggalkan dalam kawasan semak di Permatang Keriang semalaman ketika dilaporkan hilang.
Media sebelum ini melaporkan orang awam telah menemukan kanak-kanak itu di kawasan semak Permatang Keriang, Penaga kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang dan pemeriksaan mendapati kecedaraan patah rahang, luka di bahagian dagu serta belakang kepala, lebam di dada dan belakang badan serta patah dua batang gigi.
Kanak-kanak itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada sekitar 1 tengah hari Jumaat lepas dan didapati tidak pulang ke rumahnya sebelum ditemukan pada 6 petang keesokannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Lelaki berusia 70-an itu ditahan kira-kira 10.30 malam tadi hasil risikan yang dijalankan pihak polis. - Gambar/ Sinar Harian

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.
Kumpul berjuta pensel, dinding kedai umpama lukisan berwarna-warni
Menurut al-Mandalawi, sejak muda dia menggunakan wang gajinya untuk membeli pensel dan kini berusia 56 tahun, tidak hairanlah koleksinya kini sudah berjuta.

Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.

Kanak-kanak usia 10 tahun hilang di Pantai Teluk Senangin
Operasi pencarian dihentikan pada 6.30 petang tadi dan akan bersambung pada 8 pagi esok.

Lelaki warga emas ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak perempuan hilang
Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda.

Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui selepas 4 kali laungan azan
Mayat kanak-kanak 10 tahun, yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Ukay Perdana, Ampang Sabtu lepas, ditemukan hari ini.

Kanak-kanak 6 tahun dihanyut arus ditemui selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dihanyutkan arus selepas terjatuh ke dalam longkang ditemui selamat di dalam kolam takungan air di Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Kanak-kanak perempuan dilapor hilang di Kuala Kurau, ditemui selamat di Klang
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau kelmarin, ditemukan selamat di Klang, Selangor, awal pagi tadi.

Kanak-kanak hilang ditemukan lemas di Sungai Plentong
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Taman Plentong, Masai pada Jumaat lepas, ditemukan lemas dalam Sungai Plentong di sini pagi tadi.

Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kinabatangan
Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Batu Puteh, di sini.

Kanak-kanak 3 tahun hilang lincah, seronok lihat kehadiran tetamu di majlis raya
Kanak-kanak hilang di rumah rakit di Bukit Rangin itu adalah seorang yang lincah, dan gembira dengan kehadiran ramai tetamu ke rumah tersebut.

Polis cari waris kanak-kanak ditemui orang awam
Polis sedang mencari waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga hingga empat tahun yang dijumpai dan diserahkan oleh orang awam ke Balai Polis Selayang, Rabu lepas.