awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Sierra Leone didakwa tipu wanita RM50,000

Bernama
Bernama
15/07/2022
07:44 MYT
Lelaki warga Sierra Leone didakwa tipu wanita RM50,000
Tertuduh memperdaya seorang wanita bahawa dia boleh menggandakan wang menggunakan cecair kimia dengan cara cucian wang.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Sierra Leone mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita tempatan untuk menyerahkan wang RM50,000 dua bulan lepas.
Aruna Saccoh, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Saccoh didakwa menipu Chee Ting Han, 32, untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM50,000 dengan memperdaya wanita itu bahawa tertuduh boleh menggandakan wang menggunakan cecair kimia dengan cara cucian wang.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan tempat letak kereta OUG Parklane, Brickfields pada 30 Mei lepas, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh bukan warganegara dan tiada dokumen perjalanan sah.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#tipu wanita
#mahkamah
#lelaki sierra leone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan