awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelong T-shirt vintage untuk bantu Pas

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
08/01/2019
01:49 MYT
Lelong T-shirt vintage untuk bantu Pas
Biadaan untuk baju-T era 1980-an bermula dengan RM15. - Foto Facebook/Festiva Bundle Asia
Demi membantu Pas membiayai saman terhadap portal Sarawak Report, seorang ahli parti itu berjaya menjual sehelai baju-T vintage kumpulan rock The Rolling Stones pada harga RM600.
Wan Shafiq Wan Abdul Rahman, 29 tahun, membuat bidaan untuk baju-T era 1980-an itu semata-mata untuk membantu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kes samannya terhadap Sarawak Report di United Kingdom.
Katanya dia cuma mempunyai baju-T untuk dijual bagi mendapatkan dana dan membantu mengisi tabung untuk menampung kos guaman tersebut.
"Orang ada duit banyak, boleh sumbang duit. Orang ada lembu boleh jual lembu. Tapi saya cuma ada baju.
"Jadi baju ini saya cagarkan untuk bantu duit guaman Tok Guru Haji Hadi saman Sarawak Report. Segala hasil jualan untuk baju ini akan disumbangkan untuk tabung guaman ini," tulis Wan Shafiq di akaun Facebook miliknya.
Baju-T vintage itu dipanggil The Rolling Stones Naga Stadium dan ia merupakan item yang menjadi pilihan pengumpul baju-T kumpulan rock dari luar negara.
Menurut beberapa pengumpul baju vintage, harga jualan baju-T Rolling Stones Naga Stadium adalah antara RM500 ke RM600.
Yang menjadi rebutan ramai ada baju-T The Rolling Stones Sticky Fingers kerana ia sukar ditemui dan merupakan cetakan terhad.
Karya seni untuk album Sticky Fingers disusun oleh Andy Warhol, fotografi oleh Billy Name dan reka bentuknya oleh Craig Braun.
Wan Shafiq yang menggunakan nama Festiva Bundle Asia membuka bidaan 5 Januari lalu pada harga RM15 dan menutupnya kira-kira pukul 9.30 malam setelah mendapat harga RM600.
Baju-T tersebut mendapat bidaan tertinggi daripada seorang pemuda di Sandakan, Sabah.
The Rolling Stones merupakan sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan di London pada 1962 dan dianggotai oleh Brian Jones, Mick Jagger, Keith Richards, Bill Wyman, Charlie Watts, and Ian Stewart.
Antara lagu popular kumpulan ini ada (I Can't Get No) Satisfaction, Paint It Black, Sympathy For The Devil, Jumpin' Jack Flash, dan Gimme Shelter.
Baru-baru ini, Naib Presiden Pas Idris Ahmad membuat rayuan umum untuk mengumpul dana bagi menampung kos guaman kes saman Abdul Hadi terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
BACA: Pas rayu bantu tampung kos saman Sarawak Report
BACA: 'Daripada sumbang kepada PAS, baik bantu UMNO'
Topic Berkaitan
#baju-T
#Malaysia
#Marang
#t-shirt
#terengganu
#The Rolling Stones
#Vintage
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan