awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelongan gambar pemimpin Pakatan Harapan berjaya raih RM500,000

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
09/12/2018
17:10 MYT
Lelongan gambar pemimpin Pakatan Harapan berjaya raih RM500,000
Perdana Menteri bergambar bersama pembeli gambar iaitu Pengarah Urusan Platinum Victory Datuk Seri Gan Yu Chai (empat, kiri) dan Pengarah Eksekutif Platinum Victory Gan Yee Hin (dua, kiri) yang telah membida dengan harga RM500,000. - Foto Bernama
Gambar bersejarah sebelum sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh berjaya dilelong pada harga setengah juta ringgit.
Gambar tersebut dibeli oleh seorang pembida tempatan yang hadir ketika Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan.
Antara lain gambar tersebut dirakam pada 10 Mei lalu dan ditandatangani oleh kesemua barisan kepimpinan PH.
Harga permulaan gambar berkenaan dibuka pada harga RM100,000.
Turut mencatat jualan tertinggi ialah gambar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika hari pertama menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Ia dijual dengan harga RM350,000.00.
Turut dilelong ialah gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Jumlah keseluruhan kutipan membabitkan lelongan gambar membabitkan barisan pimpinan Pakatan Harapan yang berjaya dikumpul ialah RM1.22 juta.
Manakala RM1.665 juta berjaya dikutip hasil jualan meja pada majlis amal tersebut.
Topic Berkaitan
#Azizah
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Media
#menteri
#Mohamad Sabu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#presiden
#ringgit
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan