awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teknologi CubeSats untuk pemantauan hutan, sumber air Sarawak - Abang Johari
PETRA cari penyelesaian menyeluruh tangani isu air di Labuan
EAIC perkukuh kerjasama dengan NGO tangani isu integriti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas dalam kolam renang: Ahmad Firdaus Iqbal pergi jua

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2025
06:53 MYT
Lemas dalam kolam renang: Ahmad Firdaus Iqbal pergi jua
Jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan pada waris pada jam 12.05 tengah hari untuk proses pengebumian. - Sinar Harian
MELAKA: Kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang bertarung nyawa di Hospital Melaka selepas lemas di kolam renang sebuah kondominium pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.

Ringkasan AI
  • Ahmad Firdaus Iqbal, 7 tahun, meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat insiden lemas di kolam renang sebuah kondominium semasa percutian keluarganya di Melaka.
  • Jenazah telah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan di Pasir Gudang, Johor, dengan pengesahan dibuat oleh bapanya dan Exco Kesihatan Melaka.
  • Insiden tragik berlaku di rumah inap Taman Kota Shahbandar, mengubah detik percutian keluarga menjadi peristiwa duka yang mendapat perhatian awam.

Perkara itu dimaklumkan bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, selepas mengesahkan tular poster yang dimuat naik Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3 Johor mengenai pemergian anaknya itu, Ahmad Firdaus Iqbal, tujuh tahun.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan pada waris pada jam 12.05 tengah hari untuk proses pengebumian.
"Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Firdaus Iqbal
#kanak-kanak lemas
#kolam kondominium
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan