MALAYSIA
Lemas dalam kolam renang: Ahmad Firdaus Iqbal pergi jua
Jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan pada waris pada jam 12.05 tengah hari untuk proses pengebumian. - Sinar Harian
MELAKA: Kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang bertarung nyawa di Hospital Melaka selepas lemas di kolam renang sebuah kondominium pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Ringkasan AI
Perkara itu dimaklumkan bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, selepas mengesahkan tular poster yang dimuat naik Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3 Johor mengenai pemergian anaknya itu, Ahmad Firdaus Iqbal, tujuh tahun.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu telah diserahkan pada waris pada jam 12.05 tengah hari untuk proses pengebumian.
"Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan kritikal selepas lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Ahmad Firdaus Iqbal, 7 tahun, meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat insiden lemas di kolam renang sebuah kondominium semasa percutian keluarganya di Melaka.
- Jenazah telah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan di Pasir Gudang, Johor, dengan pengesahan dibuat oleh bapanya dan Exco Kesihatan Melaka.
- Insiden tragik berlaku di rumah inap Taman Kota Shahbandar, mengubah detik percutian keluarga menjadi peristiwa duka yang mendapat perhatian awam.