awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga Indonesia dipenjara tiga bulan guna salinan kad pengenalan palsu
Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu Honda Jazz diperintah jalani pemeriksaan mental
JSJN KL tumpas sindiket edar dadah guna minuman berperisa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
24/09/2020
14:41 MYT
Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata mangsa juga dikatakan sudah mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya. - Gambar fail/BERNAMA
Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 sewaktu tertidur di dalam sebuah kereta ketika berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth pada 17 September dilaporkan sudah sedarkan diri dari koma malam ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata pihaknya dimaklumkan alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata mangsa juga dikatakan sudah mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.
“Alhamdullilah, polis menerima maklumat bahawa Nor Aqilah sudah sedar dari koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian pada 17 September lepas, tiga daripada empat pelajar kolej yang sedang menunggu hari Konvokesyen maut selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida setelah tertidur di dalam kereta.
Tiga mangsa yang maut ialah Sharifah Farisha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nor Adilah Mohd Safwan, masing-masing berusia 21 tahun.
Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan.
Kesemua mangsa dipercayai singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.
Topic Berkaitan
#Ayuni Shazwani Shabri
#Butterworth
#lemas karbon monoksida
#Nor Adilah Mohd Safwan
#Nor Aqilah Mohd Safwan
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#Pulau Jerejak
#Sama Gagah
#sedar dari koma
#Sharifah Farisha Syed Fathi
#tertidur dalam kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan