REMBAU: Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan mengusahakan penanaman kelapa di tanah adat terbiar seluas 21.04 hektar di Rembau bagi meningkatkan pendapatan ahlinya di negeri ini.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan Mustafa Katan berkata projek rintis itu dimulakan di Pulau Mampat pada 2020 dengan kelapa jenis Malayan Yellow Dwarf (MYD) seterusnya di Semerbok (kelapa varieti Sungai Gulang-Gulang (SGG), masing-masing berkeluasan 10.52 hektar sebagai alternatif bagi tanaman kelapa sawit.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengusahakan tanaman SGG di tanah terbiar seluas 38.44 hektar di Batang Nyamor di sini.
"Kami mula usahakan tanaman kelapa ini pada 2020 di tanah adat terbiar di sini. Hasil bagi 0.40 hektar tanah untuk tanaman kelapa mencecah RM1,000 sebulan.
"Kalau ikutkan harga kelapa tak pernah jatuh berbanding kelapa sawit, ia satu komoditi...input pertanian juga naik 100 peratus seperti baja, kelapa sawit, kalau tidak letak baja tidak akan ada hasil," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Ahli Parlimen Rembau.
"Kita nampak potensi (tanaman kelapa) jauh beza dan diyakini dapat meningkatkan pendapatan ahli sebab ketika ini negara mengimport kira-kira 200 juta biji kelapa setahun dan dalam masa sama di Rembau ada tanah adat terbiar," katanya.
Beliau berkata selepas ini, pihaknya berhasrat mengusahakan kira-kira 404 hektar tanah adat selepas tamat tempoh perjanjian selama 25 tahun diusahakan oleh Felcra dengan menukar tanaman kelapa sawit kepada kelapa.
Mustafa berkata pihaknya menawarkan kadar bayaran sewa yang menarik bagi tempoh 25 tahun iaitu RM400 hingga RM700 secara berperingkat bagi menarik pemilik tanah menyertai projek PPK itu.
Dalam pada itu, Mohamad berkata usaha berkenaan menepati permintaan terhadap kelapa yang semakin meningkat masa kini.
"Kita membeli kelapa dari Indonesia berjuta-juta ringgit sebab tak cukup kelapa terutamanya musim perayaan. Ada benih (kelapa) yang baik jadi jangan biarkan tanah kita terbiar hubungilah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan Mustafa Katan berkata projek rintis itu dimulakan di Pulau Mampat pada 2020 dengan kelapa jenis Malayan Yellow Dwarf. - Gambar/ BERNAMA

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS
Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

China negara pertama berjaya jalankan operasi reaktor nuklear thorium secara berterusan
Reaktor thorium tidak memerlukan bekalan air yang banyak untuk sistem penyejukan dan dianggap lebih bersih berbanding reaktor nuklear semasa.

UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel
UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan
Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS.

KazanForum 2025: Malaysia sedia main peranan strategik seiring perkembangan koridor utara-selatan
Malaysia dan negara-neara Selatan Global dapat manfaat daripada transformasi perdagangan yang dibawa ITC Utara-Selatan merentasi Eurasia.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Majlis Media Malaysia disaran wujud pasukan khas pantau kesilapan - Pakar
Inisiatif itu akan memperkukuh profesionalisme dan ketekalan landskap media negara.

Saintis kesan kewujudan hidupan di planet selain bumi
JWST mengesan molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) di atmosfera K2-18b, yang dihasilkan oleh bakteria dan plankton di bumi.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.

LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Ada letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.

Bekalan beras cukup, rakyat diminta tidak buat pembelian panik - LPP
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi.

700 tan metrik beras tempatan diedar mulai Jumaat - LPP
Sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan akan mula diedar ke seluruh Semenanjung Jumaat ini, sebagai langkah awal intervensi dalam menangani permintaan bahan makan ruji negara itu.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 kepada pesawah, nelayan 10 April ini
Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan mula dibayar pada 10 April 2023.

Lembaga Pertubuhan Peladang N.Sembilan tanam kelapa di tanah adat terbiar
Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan mengusahakan penanaman kelapa di tanah adat terbiar seluas 21.04 hektar di Rembau bagi meningkatkan pendapatan ahlinya di negeri ini.