awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Pertubuhan Peladang Perak bantu 100,000 peladang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/04/2020
05:38 MYT
Lembaga Pertubuhan Peladang Perak bantu 100,000 peladang
Abdul Yunus berkata pembukaan agrobazar dan PST itu adalah untuk memastikan kelestarian dan rantaian pengeluaran bahan makanan tidak terputus sepanjang tempoh PKP. - Gambar Astro AWANI
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak membuka lima Agrobazar Rakyat dan empat Pasar Segar Terkawal (PST).
Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri, pembukaan lima agrobazar dan empat PST itu memberi manfaat kepada lebih 100,000 ahli Pertubuhan Peladang dan masyarakat setempat.
Katanya, pembukaan agrobazar dan PST itu adalah untuk memastikan kelestarian dan rantaian pengeluaran serta bekalan bahan makanan tidak terputus sepanjang tempoh PKP.
"Mereka juga mengambil inisiatif menjalankan perkhidmatan penghantaran ke rumah atau COD dan menerima tempahan awal secara atas talian melalui aplikasi WhatsApp dan telefon.
"Inisiatif yang diambil ini bukan sahaja memudahkan masyarakat setempat malahan meningkatkan jualan di antara 40 hinga 50 peratus berbanding sebelum PKP dilaksanakan," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini pada Selasa.
Lima agrobazar itu ialah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Hulu, Gerik, Padang Rengas, Senggang Manong dan Tambun manakala empat PST ialah di PKK Selama, Pengkalan Hulu, Tapah dan di Pertubuhan Peladang Negeri di Ipoh.
Pada sidang media itu, Abdul Yunus turut menyerahkan peruntukan lebih RM370,000 kepada lima PPK untuk memperkasakan Agrobazar Rakyat di kawasan masing-masing.
Beliau menjelaskan sejak PKP dilaksanakan, jumlah jualan di agrobazaar dan PST berkenaan telah melebihi RM1.3 juta.
Abdul Yunus berkata, LPP Perak turut membantu memasarkan hasil tanaman pengusaha lain yang berdepan masalah lambakan bekalan.
Topic Berkaitan
#Agrobazaar
#Lembaga Pertubuhan Peladang
#LPP
#Pasar Segar Terkawal
#peladang
#Perak
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan