SEREMBAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya disebabkan binatang ternakan.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ia selaras dengan keputusan dalam mesyuarat bersama PBT di negeri ini pada awal tahun ini berhubung isu lembu berkeliaran tanpa pengawasan.
"Sepanjang empat bulan ini sebanyak lapan ekor lembu telah ditangkap di Senawang Perdana, Rasah Jaya dan Laman Sendayan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
"Pemiliknya diberi masa tujuh hari untuk menuntut balik binatang ternakan mereka dengan bayaran RM2,000 untuk setiap ekor. Jika tidak dituntut lembu itu akan dilelong," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, susulan tindakan ini, tiada lagi binatang ternakan tersebut berkeliaran di kawasan berkenaan.
"Tindakan tangkapan ini bukan untuk menghukum penternak, tetapi sebagai satu pengajaran dan mendidik supaya tidak melepaskan lembu di merata tempat," katanya.
Katanya, pihak PBT mengguna pakai peruntukan ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing PBT dan UUK Kawalan Lembu-Kerbau PBT untuk menguruskan isu binatang terbiar serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Di samping itu,kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Dasar Pemandulan Anjing Berlesen Dan Anjing Terbiar sebagai langkah kawalan populasi anjing di Negeri Sembilan untuk digunapakai PBT," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024
Tindakan tangkapan itu bukan untuk menghukum penternak, tetapi sebagai satu pengajaran dan mendidik supaya mereka tidak melepaskan lembu di merata tempat. - Gambar/ Sinar Harian
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif
Semua PBT di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan disebabkan binatang ternakan berkenaan.