awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leong harus ketepikan emosi - Ketua Pemuda MCA

Bernama
Bernama
28/05/2016
14:11 MYT
Leong harus ketepikan emosi - Ketua Pemuda MCA
SIN WOON: Wira sebenar terus berjuang.
Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon hari ini berkata Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan keluar parti semalam tidak sepatutnya mengikut emosi semasa membuat keputusannya sebagai reaksi terhadap isu RUU Akta Jenayah Syariah.
Katanya, Leong yang merupakan seorang anggota Exco Kerajaan Kedah sepatutnya turut bersama-sama dalam menerajui barisan kepimpinan MCA.
"Wira sebenar terus berjuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pengajian Tinggi di sini, hari ini.
Chong turut memaklumkan bahawa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Lee Chee Leong, telah bertemu dengan Leong bagi membincangkan perkara itu.
Semalam, Leong yang merupakan ADUN Gurun, mengumumkan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan 2016) di Dewan Rakyat Khamis lepas.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai RUU itu, Chong berkata MCA tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam dan Barisan Nasional (BN) masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
"Saya tegaskan bahawa kami tidak menentang Islam dan jangan jerumuskan kami ke dalam konflik agama. Ini adalah pendirian BN dan ia tidak pernah terjejas.
Isu RUU Akta jenayah Syariah bukan agenda kita tetapi PAS, tambahnya.
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#Ketua Pemuda MCA
#Leong Yong Kong
#MCA
#RUU Akta Jenayah Syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan