Kajian mendapati lebih 60 peratus majikan menawarkan gaji asas RM1,500 bagi lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), berbanding gaji minimum RM1,050 sebulan yang ditetapkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, gaji minimum RM1,050 itu hanyalah panduan dan ketetapan kerajaan agar pekerja lepasan TVET tidak dibayar pada kadar yang lebih rendah daripada itu.
"Kalau pekerja yang diambil itu pelajar TVET, mereka sudah dilatih dengan kemahiran yang diperlukan industri dan sewajarnya tangga gaji lebih tinggi ditawarkan," katanya, sambil menambah 94 peratus graduan menceburi bidang TVET berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan TVET di sini hari ini, Mahfuz berkata adalah diharapkan baki kira-kira 40 peratus majikan dapat menggajikan graduan TVET dengan bayaran yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.
Terdahulu, Mahfuz dalam ucapannya mencadangkan supaya Bandar Integrasi TVET diwujudkan bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan itu seiring cabaran dan keperluan mendepani revolusi industri 4.0 (IR4.0).
Melalui platform itu, pemegang taruh utama akan terlibat dan bekerjasama dalam penyampaian program serta aktiviti TVET, terutama dari aspek koordinasi dan perkongsian sumber, katanya.
Beliau turut menarik perhatian bahawa bandar integrasi itu akan mengumpulkan institusi dan pusat latihan TVET serta industri baharu yang berkaitan 'future of work' di dalam satu wilayah, sekaligus menjadi pusat sehenti kepada kawal selia dan tadbir urus TVET di negara ini.
Menurutnya, bandar integrasi TVET itu akan berperanan sebagai teraju TVET negara sebagaimana fungsi Silicon Valley di Amarika Syarikat serta Shenzen di China.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
MAHFUZ: Kalau pekerja yang diambil itu pelajar TVET, mereka sudah dilatih dengan kemahiran yang diperlukan industri dan sewajarnya tangga gaji lebih tinggi ditawarkan.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.
Kemunculan kerjaya baharu dorong Bumiputera beralih daripada bidang profesional
Ketidakseimbangan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam bidang profesional perlu dikurangkan.
Usaha wujudkan persekitaran menggalakkan wanita ceburi kerjaya berkaitan STEM amat penting
Usaha ini dapat direalisasi dengan menyediakan peluang-peluang latihan dan pendidikan yang perlu kepada kaum wanita.
Jihan Muse lebih memilih, ini sebab-sebabnya!
Pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu bakal menyaksikan Jihan duduk di kerusi juri.
Taylor's College x Lembaga SACE: 40 tahun meneraju transformasi pendidikan tinggi dengan Laluan AUSMAT
Jalinan erat antara dua entiti tersebut secara konsisten menjadi batu loncatan buat pelajar kepada pendidikan berkualiti tinggi.
UMS, ITBM jalin kerjasama bidang terjemahan dan suntingan
MoU itu antara lain bertujuan meningkatkan bilangan penterjemah dan penyunting bertauliah dalam kalangan kakitangan akademik UMS.
Hannah Yeoh galak belia isi masa hujung minggu pertingkat, tambah kemahiran diri
Hannah Yeoh menyeru golongan belia agar mengisi masa masing-masing pada hujung minggu dengan berusaha meningkatkan kemahiran serta mencari kemahiran baharu bagi membolehkan mereka menambah pendapatan.
Kaunselor main peranan penting bimbing pelajar ketahui hala tuju selepas SPM
Kaunselor dilatih untuk memahami keperluan majikan pada masa akan datang supaya boleh membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.
Karnival #MyDigitalMaker MDEC kembali untuk inspirasi penggiat digital muda
Penganjuran tahun kedua menerusi platform maya, karnival tahunan ini dijadualkan pada 11 Oktober hingga 21 November 2021.