KUANTAN: Seorang peniaga kedai makan terpaksa membuat laporan polis bagi menuntut kembali wang modal lebih RM343,000 dari skim pelaburan yang disertai setelah 'penganjur' gagal membuat bayaran keuntungan seperti dijanjikan.
Mangsa berusia 28 tahun menyertai skim pelaburan yang dijalankan seorang wanita itu tahun lalu selepas tertarik dengan jaminan keuntungan 50 peratus yang akan dibayar pada setiap 15 hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa juga diyakinkan bahawa pelaburan itu selamat selepas wanita tersebut memberi jaminan akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerugian ke atas pelabur.
Menurutnya, selain itu keputusan mangsa menyertai pelaburan itu turut didorong dengan penampilan menarik ditunjukkan wanita tersebut yang sering tampil dengan kereta mewahnya.
"Pada Oktober tahun lalu, mangsa berurusan dengan wanita tersebut untuk maklumat lanjut tentang pelaburan yang didakwa menjalankan perdagangan di bursa saham.
"Walaupun penjelasan diberikan kurang jelas dan mangsa sendiri kurang memahaminya namun kerana keuntungan lumayan yang dijanjikan dia bersetuju untuk menyertainya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Wazir berkata, mangsa telah melabur lebih RM72,000 untuk membuka 175 akaun di mana setiap satunya berharga RM413.
"Mangsa dijanjikan keuntungan RM40 sehari bagi setiap akaun tersebut.
"Hasilnya pelaburan permulaannya itu, mangsa mendapat keuntungan RM35,200 bagi setiap pusingan," katanya.
Beliau berkata, demi mendapatkan lebih banyak keuntungan, mangsa telah menambah pelaburan dengan membuka 655 akaun lagi secara berperingkat melibatkan jumlah pelaburan RM343,203.
"Dalam tempoh beberapa minggu, mangsa telah dibayar dengan sejumlah wang seperti yang dijanjikan namun pembayaran mula dilambatkan dan tidak mengikut perjanjian yang asal.
"Kira-kira tiga bulan kebelakangan ini, mangsa mendakwa langsung tidak menerima wang keuntungan daripada pelaburan tersebut," katanya.
Mohd Wazir berkata, mangsa juga mula curiga apabila beberapa akaun pelaburannya tidak diberi tarikh untuk dikembalikan modal pelaburan.
"Setelah diminta, wanita itu didakwa memberi pelbagai alasan dan enggan untuk membayar semula modal mangsa dengan alasan turut menanggung kerugian tanpa menunjukkan sebarang bukti.
"Mangsa juga diugut akaun pelaburan sedia ada akan ditamatkan serta-merta jika tidak meneruskan pembayaran seperti yang diminta hingga menimbulkan kebimbangan," katanya.
Beliau berkata, mangsa mendakwa wanita itu juga enggan berunding malah beberapa kali mengeluarkan syarat baharu.
"Mangsa dan pelabur lain diminta membuat bayaran modal baharu sekiranya mahu akaun mereka berjalan seperti biasa semula.
"Setiap akaun induk dikehendaki buka lima akaun baharu berharga RM2,065.
"Mangsa yang mempunyai enam akaun induk tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan dan cukup terkesan kerana semua wang simpanan telah dilaburkan sehingga tidak mampu untuk membayar komitmen bulanan yang lain," katanya.
Mohd Wazir berkata, syak telah tertipu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Temerloh pada Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 26 2022

Mangsa menyertai skim pelaburan itu tahun lalu selepas tertarik dengan jaminan keuntungan 50 peratus dibayar setiap 15 hari. -Gambar hiasan
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.

Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Polis gesa individu sertai pelaburan XFox Mix Biz tampil buat laporan
JSJK Bukit Aman menerima laporan daripada seorang individu yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosi skim itu.

TH saran orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' di Telegram
Terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

Fahmi nafi terlibat skim pelaburan patuh syariah tular di media sosial
Fahmi tegaskan pihaknya tidak pernah mempromosi mana-mana skim pelaburan dan telah buat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut.

Anggota tentera, suri rumah mangsa penipuan libatkan lebih RM60,000
Mangsa dipercayai tertarik dengan iklan di Instagram yang menawarkan USD30,000 bagi sekeping wang RM2 lama miliknya.

Peniaga wanita rugi lebih RM500,000 diperdaya pelaburan menerusi WhatsApp
Mangsa menerima pesanan menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan.

Polis siasat skim pelaburan Al Kahtifah Trust, Madinah Mining
Kedua-dua skim dikesan aktif sejak hujung tahun lepas dengan menggunakan platform media sosial untuk mencari pelabur.

Lesap RM343,203 angkara skim pelaburan cepat kaya
Mangsa berusia 28 tahun menyertai skim pelaburan yang dijalankan seorang wanita itu tahun lalu selepas tertarik dengan jaminan keuntungan 50 peratus yang akan dibayar pada setiap 15 hari.

Orang ramai diingat elak jadi mangsa penipuan skim cepat kaya
Dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, pelbagai skim berkaitan muncul di platform media sosial.

Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.