KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi jaminan bahawa cadangan menaik taraf pemegang lesen motosikal Kelas B2 kepada B secara automatik tidak akan dilakukan secara kelulusan menyeluruh atau 'blanket approval'.
Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya sedang meneliti pelbagai mekanisme terbaik sebelum perkara itu dimuktamadkan.
"Sudah tentu seperti yang saya nyatakan, terdapat panduan yang selamat (ditentukan).
"Jika kita mempertimbangkan (kelulusan), ia tidak akan menjadi 'blanket approval'. Ia perlu banyak syarat dari segi had umur, bilangan tahun mereka memegang lesen, dan mungkin beberapa lagi. (Tetapi) kita masih belum muktamad (mekanisme)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan Antara Kerajaan Malaysia & ERL, di ibu negara, hari ini.
Terdahulu, Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) dilapor berkata, cadangan menaik taraf pemegang lesen motosikal Kelas B2 kepada B secara automatik perlu diteliti lebih lanjut kerana ia memberi implikasi kepada sistem keselamatan jalan raya.
Mengulas mengenai perkara itu, Loke secara berseloroh berkata, kebimbangan yang paling besar ialah institut memandu akan berdepan 'kerugian' jika cadangan tersebut dilaksanakan.
"Ia lebih berbahaya kepada institut memandu kerana mereka kehilangan hasil.
"Saya boleh memahami kebimbangan utama merkea ialah, akan ada potensi kehilangan hasil," ujar beliau.
Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menentukan mekanisme bagi mempercepatkan kelulusan untuk membenarkan pemegang lesen motosikal Kelas B2 dinaik taraf kepada B secara automatik.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, antara syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan ialah mengambil kira individu berumur 35 tahun ke atas dan tempoh memiliki lesen B2.
Perkara itu, jelas beliau akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak berkuasa terbabit sebelum ia dimuktamadkan.
Hasimi Muhamad
Tue Jan 23 2024
Loke berkata pihaknya sedang meneliti pelbagai mekanisme terbaik sebelum perkara itu dimuktamadkan.- Foto/fail
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.