awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/01/2025
03:40 MYT
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
MOTAC menyatakan, pihaknya memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.
KUALA LUMPUR: Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd dibatalkan berkuat kuasa Isnin lalu (6 Januari).
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan, pada Rabu.
“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], MOTAC telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd [199101018586 (228897-D)] (“Syarikat”) dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025,” kata MOTAC.
Mengulas lanjut MOTAC menyatakan, pihaknya memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.
"Langkah itu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan, sebuah resort di Sabah dikatakan gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.
Tempahan tersebut memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.
Topic Berkaitan
#Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd
#MOTAC
#lesen
#batal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan