awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen media sosial tidak libatkan pengguna - Fahmi

Bernama
Bernama
01/08/2024
08:45 MYT
Lesen media sosial tidak libatkan pengguna - Fahmi
Fahmi berkata, perlesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial.
PUTRAJAYA: Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan hari ini dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata sebaliknya perlesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial, justeru pengguna tidak perlu untuk mendapatkan lesen tersebut.
"Ada pihak-pihak yang menyatakan pandangan yang jauh lari daripada realiti proses sebenar pelesenan. Saya ingin jelaskan ia terpakai kepada pemberi perkhidmatan sahaja, bukan kepada pengguna atau pempengaruh.
"MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan terbitkan satu FAQ untuk memberi penjelasan berhubung sistem perlesenan itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Fahmi berkata dalam tempoh 1 Ogos sehingga 31 Dis ini, MCMC juga akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk wakil platform media sosial dan sistem pesanan internet untuk mengenal pasti code of conduct dan tindakan akibat kegagalan memiliki lesen atau ingkar arahan.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#pelesenan media sosial
#kawalan media
#kesan kepada pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan