awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen memandu bersekuriti tinggi diperkenalkan 15 Julai

Bernama
Bernama
15/06/2013
09:08 MYT
Lesen memandu bersekuriti tinggi diperkenalkan 15 Julai
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) mulai 15 Julai ini bagi menggantikan lesen memandu sedia ada yang telah digunakan sejak 1989.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata LMBT mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan ianya akan dapat diperolehi secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan (JPJ) mulai tarikh tersebut.
Pengeluaran lesen baharu itu akan diperluaskan di pejabat-pejabat pos di seluruh negara mulai November ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini Jumaat.
Hishammuddin berkata antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih.
Selain itu, katanya perisian khas yang membolehkan informasi dan gambar pemegang lesen memandu yang dicetak dilindungi.
Di samping itu, LMBT juga membolehkan imej gambar pemegang lesen disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, katanya.
"Ini adalah langkah proaktif kita dalam melakukan pembaharuan lesen memandu dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya ia tidak dapat dipalsukan," katanya.
Menyentuh mengenai tragedi bot ekspres di Belaga, Sarawak, Hishammuddin berkata beliau mahu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk mengkaji bagi menamatkan monopoli perkhidmatan pengangkutan sungai di kawasan tersebut.
Katanya, lembaga itu perlu melihat untuk memberi lesen operasi kepada lebih banyak syarikat, dan persaingan itu diharap dapat meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada penumpang.
Dalam kemalangan 28 Mei lepas, 213 penumpang terselamat apabila bot yang diberi kebenaran untuk hanya membawa 75 penumpang karam selepas terlanggar kayu balak di Giam Bungan, Sungai Rajang.
Setakat ini dua penumpang masih hilang sementara seorang maut.
Topic Berkaitan
#kualiti
#lesen
#LMBT
#sekuriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan