awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen penjaja tepi jalan di kawasan MPT hanya RM15 sebulan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/07/2021
05:16 MYT
Lesen penjaja tepi jalan di kawasan MPT hanya RM15 sebulan
Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohd Zubir berkata, pengeluaran lesen itu akan bermula 1 Ogos ini. - Foto: MPT
TAIPING: Prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengeluarkan lesen perniagaan secara bulanan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan bayaran hanya RM15 sebulan.
Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohd Zubir berkata, pengeluaran lesen itu akan bermula 1 Ogos ini.
Menurutnya, MPT telah mengedarkan borang permohonan kepada penjaja dan peniaga kecil di tepi jalan dan pemohon perlu menghantar semula borang kepada Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPT untuk proses selanjutnya.
“Lesen ini hanya tertakluk kepada perniagaan yang dibenarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Kedua dan penjaja mudah alih.
“Tapak perniagaan tersebut hendaklah dikosongkan selepas aktiviti perniagaan tamat dan tiada sebarang struktur ditinggalkan di kawasan tersebut,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh MPT secara maya, di sini, hari ini.
Menurut beliau, pemohon perlu memastikan lokasi yang dipohon hendaklah sesuai dan tidak menimbulkan halangan lalu lintas serta kacau ganggu kepada persekitaran.
Beliau turut mengingatkan penjaja dan peniaga kecil agar mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan MPT dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama, Khairul Amir berharap agar mereka juga menjaga kebersihan tapak perniagaan dan kawasan persekitaran.
Topic Berkaitan
#penjaja
#MPT
#Majlis Perbandaran Taiping
#Peniaga kecil
#khairul amir mohd zubir
#jabatan pelesenan
#lesen berniaga
#PPN
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan