awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen Qistna Express digantung berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
15/07/2016
11:26 MYT
Lesen Qistna Express digantung berkuat kuasa hari ini
SYED HAMID: Penggantungan lesen untuk tempoh sebulan itu bermula hari ini sehingga 13 Ogos depan. - Gambar fail
Lesen serta 26 permit bas yang dipegang syarikat Qistna Express Sdn Bhd digantung serta merta berkuat kuasa hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata penggantungan lesen untuk tempoh sebulan itu bermula hari ini sehingga 13 Ogos depan.
"Ia dilakukan berikutan syarikat terbabit tidak mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (Keselamatan) atau 'SPAD ICOP Safety' dan syarat-syarat Lesen Pengendali yang lain.
"Setelah ia digantung, tiket-tiket yang telah dibeli pengguna akan dipulangkan semula atau dialihkan kepada syarikat operator bas lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya pihak Terminal Bas Sepadu (TBS) akan membantu dalam menguruskan soal pertukaran penumpang bas Qistna Express kepada syarikat operator bas yang lain.
Menurut Syed Hamid, SPAD akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan kesemua pengendali bas menjalankan operasi dengan kenderaan mereka berkeadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas serta keselamatan jalan raya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di TBS mendapati notis penggantungan syarikat bas itu telah mula ditampal di sekitar terminal bas berkenaan.
Dalam pada itu, pegawai SPAD turut memaklumkan sistem penjualan tiket bas tersebut di semua kaunter tiket telah dihentikan bermula petang semalam.
Ahad lepas, sebuah bas ekspres milik syarikat itu telah merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.
Topic Berkaitan
#gantung lesen
#Qistna Express
#SPAD
#Syed Hamid Albar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan