AMPANG: Seramai 36 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, di sini 29 Disember lalu.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya yakin siasatan berhubung kes berkenaan hampir selesai dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat.
"Bertindak atas maklumat risikan pada 3 Januari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membuat tangkapan atas sepasang suami isteri warga tempatan di Taman Serdang, Kedah.
"Polis percaya tangkapan ini boleh bantu selesaikan kes ini. Susulan tangkapan itu, sepasukan polis dari JSJ Selangor membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Serdang, Kedah dan menemui barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang turut dihadiri Ketua JSJ IPK Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.
Sasikala berkata, pasukan serbuan menemui pelbagai peralatan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan motif sebenar kejadian berkenaan namun siasatan awal mendapati ianya bersifat peribadi.
Tambahnya, setakat ini, tiada suspek baharu yang dikaitkan dengan kejadian letupan berkenaan selain pasangan suami isteri berkenaan.
Pada 4 Januari Sinar Harian melaporkan, polis menemui beberapa bahan dipercayai digunakan untuk membuat bom menerusi serbuan di sebuah rumah di Serdang, Kedah yang membawa kepada tangkapan melibatkan pasangan suami isteri dipercayai terlibat dalam kejadian letupan di Pandan Indah.
Sumber berkata, pemeriksaan dijalankan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di rumah terbabit menemukan beberapa kandungan bahan sama yang dipercayai untuk menghasilkan bahan letupan itu.
Sebelum itu, sepasang suami isteri dilaporkan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan melibatkan seorang tukang masak maut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023
Antara bahan yang dirampas dipercayai digunakan untuk membuat bom (gambar kiri). Sasikala menunjukkan antara barang yang dirampas (gambar kanan). - Foto Sinar Harian
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Letupan bungkusan Pandan Indah: 36 saksi dipanggil
Seramai 36 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah.