awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kilang Segamat: Anggota ERT meninggal dunia

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
13/12/2021
10:30 MYT
Letupan kilang Segamat: Anggota ERT meninggal dunia
Dalam insiden letupan kilang memproses habuk kayu pada Ahad lepas, seorang pegawai bomba dan anggota ERT meninggal dunia. - Sumber Facebook Penyulam Aksara
JOHOR BAHRU: Anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang, Mohamad Azuraini Mahrani yang dipercayai cedera parah semasa operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat pada Ahad, meninggal dunia di Hospital Segamat, pada Isnin.
Adik mangsa, Azizul Mahrani, ketika dihubungi berkata, arwah abangnya meninggal dunia pada jam 9.24 pagi Isnin, beberapa jam selepas pemergian anggota bomba Mohd Firdaus Sulaiman, akibat melecur teruk.
Pemergian Allahyarham Azizul, 40, disahkan pegawai perubatan di Hospital Segamat.
“Pegawai perubatan memaklumkan pada saya, arwah abang melecur 80 peratus dan itu yang menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi ketika dirawat,
“Arwah abang meninggalkan seorang isteri, Normala Sudirman, 40 tahun dan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara lapan hingga 12 tahun.
BACA: Pegawai bomba terbabit letupan kilang habuk papan, Mohd Firdaus meninggal dunia
“Usai bedah siasat, jenazah abang akan dibawa pulang ke Felda Redong,Segamat untuk dikebumikan di kampung halaman,
“Buat masa ini, keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah, akan tetapi, keadaan semakin tenang dan kami redha dengan ketentuan qada’ dan qadar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.
Jelas Azizul, kali terakhir beliau bertemu arwah abangnya itu adalah pada 21 November lepas, ketika mereka sedang bercuti di kampung halamannya di Felda Redong, Segamat.
Tambahnya, ketika itu, arwah Azuraini dalam keadaan sihat, dan mereka sempat pergi berkebun bersama-sama.
Terdahulu, pegawai bomba, Mohd Firdaus yang turut terlibat dalam insiden letupan kilang bersama-sama Mohamad Azuraini, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 pagi ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital sama.
Topic Berkaitan
#kilang habuk papan Segamat
#Azizul Mahrani
#Mohd Firdaus Sulaiman
#anggota ERT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan