awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Bomba terbabit letupan kebakaran kilang, Mohd Firdaus meninggal dunia

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
12/12/2021
23:46 MYT
Pegawai Bomba terbabit letupan kebakaran kilang, Mohd Firdaus meninggal dunia
Letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah.
JOHOR BAHRU: Seorang pegawai bomba yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu, di Segamat pada Sabtu, disahkan meninggal dunia.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata Allahyarham Mohd Firdaus Sulaiman, 32, menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.15 pagi tadi di Hospital Segamat.
Katanya jenazah kini masih berada di Hospital Segamat.
"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
"Allahyarham sudah 10 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Bomba sejak 3 Disember 2012.
"Bersama-sama kita mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Sabtu lalu, PB Mohd Firdaus dan anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang, Mohamad Azuraini Mahrani, 40 cedera parah manakala seorang lagi pegawai bomba, Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52 melecur dalam kejadian itu.
BACA: Pegawai bomba, anggota ERT parah akibat letupan kebakaran kilang
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran pada 5.15 pagi.
Katanya semasa operasi pemadaman, berlaku satu letupan di tingkat tiga bangunan kilang pada kira-kira 10 pagi yang menyebabkan runtuhan pada struktur bangunan itu.
Letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah.
Manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan.
Topic Berkaitan
#Mohd Firdaus Sulaiman
#bomba
#meninggal dunia
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan