awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan paip di Lawas: Kerja tanah di kawasan sekitar dihentikan - JKR

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
17/11/2022
05:29 MYT
Letupan paip di Lawas: Kerja tanah di kawasan sekitar dihentikan - JKR
Identiti mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Hadi Wiyono, rakyat Indonesia, manakala yang cedera rakyat tempatan yang dikenali sebagai Hendrick, Gabriel Meripa dan Jefry Paul. - Gambar/ Ihsan pembaca
LAWAS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini memaklumkan semua kerja di tapak pembinaan kawasan letupan gas di Berikau semalam telah dihentikan serta-merta.
Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Unit Lebuhraya Pan Borneo jabatan itu berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan penyiasat berhubung insiden tersebut yang turut melibatkan pihak berkuasa dan pihak yang berkaitan.
Kejadian katanya, dikenal pasti berlaku di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSPG) CH18+500 Lawas.
BACA: Letupan paip di Lawas dipercayai berpunca daripada pihak ketiga - Petronas
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak , Hendery Ardimansyah berkata, laporan awal mengesahkan letupan melibatkan kawasan seluas radius 400 meter.
"Identiti mangsa yang terkorban pula dikenal pasti sebagai Hadi Wiyono, rakyat Indonesia, manakala yang cedera merupakan rakyat tempatan yang dikenali sebagai Hendrick, Gabriel Meripa dan Jefry Paul.
Turut musnah ialah sebuah jentera jengkaut, jentolak, lori dan sebuah motosikal.
Pasukan bomba katanya lagi, sebelum ini mengalami kesukaran untuk ke lokasi kerana faktor jalan yang tidak dapat dilalui oleh jentera.
"Perjalanan ke lokasi hanya menggunakan kenderaan jenis Nissan Navara untuk membawa peralatan operasi bergerak ke lokasi kejadian.
Operasi kata Hendery, tamat sepenuhnya pada jam 8.00 malam Rabu, manakala punca insiden masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#letupan gas
#Lebuhraya Pan Borneo
#JKR Sarawak
#Hendery Ardimansyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan