awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
Ejen persekutuan AS tembak dua orang di Portland, polis seru orang ramai bertenang
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan paip gas Putra Heights diklasifikasi NFA - Ketua Polis Selangor

Bernama
Bernama
01/07/2025
08:24 MYT
Letupan paip gas Putra Heights diklasifikasi NFA - Ketua Polis Selangor
Hussein Omar berkata bagaimanapun sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu dijumpai, pihaknya komited untuk meneruskan semula siasatan berhubung kejadian tersebut. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemukan sebarang unsur kecuaian atau khianat.

Ringkasan AI
  • Polis mengklasifikasikan insiden letupan paip gas di Putra Heights sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) selepas siasatan tidak menemui sebarang unsur kecuaian, sabotaj atau khianat dalam kejadian 1 April 2025.
  • Siasatan teknikal mendapati kerja pembinaan dan penggantian paip di kawasan kejadian mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh MBSJ, JAS dan Petronas.
  • Polis bersedia membuka semula siasatan jika terdapat bukti atau maklumat baharu, dan mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bagaimanapun sekiranya terdapat bukti atau keterangan baharu dijumpai, pihaknya komited untuk meneruskan semula siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Kita berpuas hati dan menutup kes ini buat masa ini, namun ia boleh dibuka semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baharu," katanya ketika ditemui selepas sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Hussein turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menyalurkannya kepada polis.
Semalam, beliau mengesahkan tiada sebarang unsur khianat, sabotaj atau kecuaian dikenal pasti yang boleh menyebabkan kerosakan pada paip gas sehingga mencetuskan letupan dalam insiden di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lepas.
Menurutnya, rumusan tersebut diperoleh hasil siasatan teknikal susulan letupan saluran paip gas bawah tanah terbabit.
Katanya pembinaan lot kedai pejabat dan kerja penggantian paip pembetung di kawasan kejadian dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Petronas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan paip gas
#Putra Heights
#Hussein Omar Khan
#Tiada Tindakan Lanjut
#NFA
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan