LAHAD DATU: Letusan gunung berapi lumpur di Lipad Mud Volcano, Taman Hidupan Liar Tabin dekat sini semalam yang tular di media sosial bukan pertama kali berlaku sebaliknya pernah terjadi pada 2014.
Pengurus Besar Tabin Wildlife Holidays, Lawrence Chin berkata kejadian semalam disaksikan kira-kira lapan individu termasuk pelancong serta pemandu pelancong.
"Ada pemandu pelancong dan pelancong dalam perjalanan untuk memerhati burung dan melawat kawasan sekitar, tiba-tiba berlaku letusan kuat dan buih-buih keluar, kejadian berlaku kira-kira 10 minit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, beberapa laman Facebook memuat naik video letusan gunung berapi lumpur berkenaan dan mendapat perhatian warganet.
Chin berkata lumpur yang dimuntahkan daripada letusan itu selamat dan tidak panas.
Sementara itu, pemandu pelancong Hamit Suban, 43, menyaksikan kejadian itu pada 10 pagi ketika membawa beberapa pelancong asing memulakan lawatan ke dalam kawasan hutan Tabin.
"Program pertama kami selepas bersarapan adalah melawat kawasan gunung berapi lumpur di dalam kawasan Tabin, saya membawa sekumpulan pelancong dari Amerika Syarikat dengan berjalan kaki sejauh 700 meter ke lokasi berkenaan.
"Ketika kami naik ke menara pemerhati untuk melihat burung dan haiwan lain, tiba-tiba kami terdengar bunyi dentuman kuat sebelum mendapati berlaku letusan lumpur di kawasan itu," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong sejak 2005 di Borneo Eco Tours Kinabatangan dan menambah kejadian itu merupakan pertama kali disaksikan.
Selain itu, pemandu pelancong dari Tabin Wildlife Resort, Amrafel Marang, 42, yang sudah 23 tahun bekerja di kawasan itu berkata lumpur terbabit cukup kaya dengan sumber mineral, sehingga menarik kehadiran haiwan ke tempat berkenaan.
"Letusan ini bukan pertama kali, ia pernah berlaku pada 2014 dan 2019, cuma kali ini ia sempat dirakam berbanding sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Kejadian pada Ahad itu disaksikan kira-kira lapan individu termasuk pelancong serta pemandu pelancong. - Foto ihsan pembaca
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Letusan gunung berapi lumpur di Tabin Lahad Datu bukan pertama kali
Letusan gunung berapi lumpur di Lipad Mud Volcano, Taman Hidupan Liar Tabin semalam yang tular di media sosial bukan pertama kali berlaku sebaliknya pernah terjadi pada 2014.